Herrera akui bernasib baik dapat ke PSG - Utusan Malaysia

Herrera akui bernasib baik dapat ke PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 8 Julai – Pemain terbaharu Paris Saint-Germain (PSG), Ander Herrera mengakui bernasib baik dapat menyertai kelab gergasi Perancis itu selepas meninggalkan Manchester United.

Beliau berkata, sekiranya tidak mendapat tawaran PSG ini, dia sendiri tidak tahu ke mana haluan yang hendak ditujunya untuk meneruskan karier sebagai pemain bola sepak profesional.

“Apabila sebuah kelab yang mempunyai cita-cita besar dan terletak di sebuah bandar antara yang tercantik di dunia menawarkan kontrak, tidak sukar bagi saya untuk membuat keputusan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sudah tentu selepas meninggalkan Manchester United, tempat paling sesuai adalah PSG: kelab terbesar Perancis yang mempunyai pemain terbaik dunia. Saya merasa cukup bernasib baik,” tegas pemain dari Sepanyol berusia 29 tahun itu.

Herrera yang menandatangani kontrak selama lima tahun dengan PSG dijadual akan memulakan latihan pra-musim bersama kelab itu sebelum menghadapi saingan musim baharu nanti. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini