‘Tidak banyak, sedikit sekali pun kerajaan perlu bagi’ - Utusan Malaysia

‘Tidak banyak, sedikit sekali pun kerajaan perlu bagi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Julai – Berikutan pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang yang memburuk sejak tiga bulan lalu, kerajaan ditegaskan memberi pampasan kepada penduduk yang terjejas.

Hal ini dibangkitkan sendiri oleh wakil kerajaan, Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019 untuk bacaan kali kedua dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, pampasan bagaimanapun tetap perlu diberikan walaupun dalam jumlah yang sedikit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya punyai pandangan sama (senada dengan pembangkang). Dalam kerajaan baharu yang prihatin, tidak banyak atau sedikit sekali pun, kerajaan perlu bagi pampasan.

“Apabila berlaku kejadian bencana alam sekitar (tragedi kebocoran gas) seperti di Bhopal, India, ribuan telah mati. Tribunal pengguna diadakan, bukan setakat di India tapi di peringkat antarabangsa. Jadi, saya sambut baik, cadangan tribunal pengguna diadakan untuk kejadian di Pasir Gudang,” katanya.

Hassan menyahut cadangan Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim (BN-Arau) yang mencadangkan supaya sebuah tribunal pengguna ditubuhkan bagi memberi pembelaan kepada mangsa-mangsa pencemaran di Pasir Gudang.

Dalam pada itu, Hassan berkata, beliau amat berpuas hati dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh menteri dan timbalan menteri di Pasir Gudang.

Katanya, dalam tempoh tiga bulan ini, menteri dan timbalan menteri dilihat amat kerap untuk melawat kawasan pencemaran.

“Saya hendak menyatakan bahawa kerajaan baru ini tadbir selama setahun. Tapi mengikut rekod, pencemaran ini berlaku selama lebih 50 tahun.

“Ia bagaimanapun perlu ditanggung kerajaan sekarang. Saya berpuas hati dan kerajaan baru ini boleh buat dengan lebih baik,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini