[VIDEO] Tiga kereta terjunam dalam parit kerana pembinaan jalan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Tiga kereta terjunam dalam parit kerana pembinaan jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG 8 Julai – Tiga buah kereta terjunam ke dalam sebuah parit di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang berhampiran Kampung Lubok Jong, dekat sini malam dan awal pagi ini.

Difahamkan tiga kejadian itu berpunca daripada kerja-kerja pembaikkan jalan selain laluan tersebut gelap pada waktu malam.

Dalam kejadian pertama pukul 9 malam itu, enam sekeluarga nyaris maut selepas kereta Perodua MyVi yang dinaiki mereka terjunam ke dalam parit sedalam dua meter.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kejadian berlaku ketika mangsa, mangsa Aziz Mohd Noor, 41, dan isteri Nur Asida Mohd Badrudin, 37, serta empat anak dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Kampung Gual Sitok, dekat sini dari Kuala Lumpur.

Video oleh Yatimin Abdullah dan Azran Fitri Rahim

Bapa Nur Asida, Mohd Badrudin Mat Daud, 65, berkata, kereta yang dipandu Aziz cuba memotong sebuah kereta Proton Wira namun dikejutkan dengan kerja-kerja pembaikan laluan tersebut.

Menurutnya, tindakan menantunya yang membrek secara mengejut dikatakan telah menyebabkan kenderaan yang dipandu menantunya terbabas lalu terjunam ke dalam parit.

“Alhamdulillah tiada kecedaraan teruk menimpa anak dan cucu saya. Mereka ada memaklumkan kepada saya bahawa jalan di kawasan itu agak gelap.

“Selain itu, tiada papan tanda yang sesuai bagi memaklumkan kawasan itu dalam proses pembaikan jalan,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Badrudin berkata, apa yang mengejutkannya ada dua buah kenderaan lagi terlibat dalam kemalangan tersebut pada awal pagi ini.

Katanya, pihak bertanggungjawab sepatutnya meletakkan papan tanda atau lampu yang bersesuaian untuk memaklumkan adanya kerja penurapan atau penyelengaraan di sepanjang laluan itu.

“Hal ini kerana ia adalah jalan utama dan dilalui ramai,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini