Iran ikrar memberi respons kepada United Kingdom - Utusan Malaysia

Iran ikrar memberi respons kepada United Kingdom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN 8 Julai – Menteri Pertahanan Iran, Amir Hatami berikrar hari ini untuk memberikan respons kepada Britain yang menahan kapal tangki minyaknya di perairan Gibraltar, lapor media tempatan.

Menurutnya, kapal tangki yang dirampa tersebut tidak akan ditolak ansur Iran dan akan diberikan respons.

“Tindakan itu bertentangan peraturan antarabangsa dan seumpama lanun maritim,” katanya pada majlis di Pelabuhan Bandar Abbas, selatan Iran hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada Selasa lalu, kapal tangki Grace 1 sepanjang 330 meter membawa muatan 2 juta tong minyak ditahan agensi polis dan kastam di wilayah luar negara British. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini