Rapid Bus kendali enam laluan GO KL bermula 1 Julai - Utusan Malaysia

Rapid Bus kendali enam laluan GO KL bermula 1 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus) telah diberikan kepercayaan untuk mengendalikan bas percuma GO KL dalam tempoh satu tahun bermula 1 Julai lalu.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi), Encik Muhammad Nizam Alias dalam satu kenyataan memberitahu, kontrak yang diperolehi daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu melibatkan enam laluan.

“Laluan tersebut adalah antara Suria KLCC dan Bukit Bintang; antara Pasar Seni dan Bukit Bintang; antara Hab Titiwangsa dan Bukit Bintang; antara Hab Titiwangsa dan KL sentral menerusi Dataran Merdeka; antara Hab Titiwangsa dan Mindef serta antara Transit Aliran Ringan (LRT) Universiti dan Projek Perumahan Rakayat (PPR) Pantai Ria di Bangsar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini merupakan satu pengiktirafan yang tinggi untuk Prasarana khususnya Rapid Bus dan akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini