LONDON – Satu perjanjian secara individu sudah dicapai antara Matthijs de Ligt dan Juventus, kata ejen pemain tersebut, Mino Raiola, namun kata sepakat itu masih belum boleh diumumkan secara rasmi melibatkan juara Serie A itu dengan Ajax.
Tanpa mengesahkan nilai perpindahan lagi, pemain berusia 20 tahun itu buat masa ini masih menjalani latihan bersama Ajax, dengan juara Eredivisie itu dan Juventus sedang giat memburu pemain baharu.
“Perjanjian telah dibuat bersama Matthijs dan terpulang kepada Ajax untuk menguruskan kata sepakat yang dicapai antara pemain itu dengan Juve,” kata Raiola kepada De Telegraaf.
Memuatkan artikel berkaitan…
Dalam masa sama Raiola mengharapkan agar perjanjian mereka dan kata putus dapat dicapai secepat yang mungkin.- AGENSI











