Adik, kekasih ditahan reman kes bunuh abang - Utusan Malaysia

Adik, kekasih ditahan reman kes bunuh abang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING – Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dan teman lelaki direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh abangnya di Taman Glenview, Kamunting, di sini semalam.

Suspek dan teman lelakinya berusia 15 tahun yang ditahan di rumah masing-masing, semalam, dibawa ke Mahkamah Majistret di sini dengan berpakaian lokap pada jam 8.30 pagi tadi.

Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Hidayah Ismail, kemudian membenarkan kedua-dua suspek direman bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam Kosmo! Online melaporkan seorang remaja lelaki ditemui maut dengan kesan kelar di leher dan dua pergelangan tangannya di belakang sebuah rumah di Taman Glenview, Kamunting di sini tengah hari semalam. 

Mayat mangsa, S. Sritharan, 16, ditemui dalam keadaan dibalut plastik oleh bapanya sendiri pada pukul 12.18 tengah hari sebelum memaklumkan kepada polis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini