PHSB peruntukan RM22,700 bantu golongan asnaf - Utusan Malaysia

PHSB peruntukan RM22,700 bantu golongan asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Park Here Sdn. Bhd. (PHSB) memperuntukkan sebanyak RM22,700 untuk diagihkan kepada 275 golongan asnaf di sekitar Banting, Kuala Langat menerusi program Rewang raya baru-baru ini.

Program yang bermula seawal pukul 7 pagi itu mengadakan pelbagai aktiviti antaranya gotong-royong, menyembelih dan melapah lembu serta memasak nasi beriani.

Pengurus Kanan PHSB, Mohd Ardisham Mohamad Shahir berkata, selaku penerima wakalah agihan zakat Selangor, pihaknya perlu melaksanakan tanggungjawab sebaiknya dengan mengagihkan semula kepada mereka yang memerlukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami berharap program ini dapat memberi motivasi kepada semua kakitangan untuk lebih menghargai semua insan yang kurang bernasib baik di sekeliling mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini