UIAM juara debat Intervarsity Australasian ESL - Utusan Malaysia

UIAM juara debat Intervarsity Australasian ESL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pasukan debat dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sekali lagi mengharumkan nama negara apabila muncul juara dalam pertandingan Debat Australasian Intervarsity (Australs) bagi kategori Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (ESL), di Bali, Indonesia, semalam.

Kemenangan itu sekali gus mengatasi lawannya daripada Universiti Malaya (UM).

Kejuaraan pertandingan tersebut merupakan kejohanan debat kedua terbesar dunia kerana disertai sebanyak 70 pasukan daripada pelbagai negara termasuk Australia, New Zealand dan Asia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasukan debat UIAM diwakili oleh Nur Hana Izzati Abdullah Zawawi (jurusan ekonomi tahun ketiga); Ameer Fahmi Ishak (jurusan kesusasteraan Inggeris tahun ketiga) dan Umy Marshita Mohamed Azhar (jurusan undang-undang tahun pertama) menentang gerakan ‘Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)’ dengan melawan Universiti Malaya yang diwakili Sharwin Mohammad Mohan (jurusan ekonomi tahun kedua); Amanda Chan (jurusan kewangan akhir tahun) dan Danesh Aggarwal (jurusan undang-undang tahun kedua).

Keputusan tersebut menimbulkan cabaran yang besar buat kedua-dua pasukan debat selepas memperoleh pecahan juri 6-3 pada peringkat akhir kejohanan yang berlangsung selama lapan hari.

Dalam sesi debat tersebut, pasukan UIAM berhujah bahawa ICC harus melengkapi mahkamah negara dalam menuduh jenayah pembunuhan beramai-ramai atau jenayah perang serta bukannya cuba menjalankan bidang kuasa universal ke atas semua negara.

Kedua-dua pasukan dari UIAM dan UM menjalani lapan pusingan awal dan satu kalah mati sebelum bertarung antara satu sama lain dalam ujian kecerdasan dan kebijaksanaan untuk trofi ESL.

Sementara itu, ahli termuda pasukan debat UIAM, Umy Marshita berkata, dia gembira dengan kemenangan itu dan menjadikannya sebagai aspirasi untuk masa akan datang.

“UIAM telah melakukan sejarah dalam pertandingan perdebatan antarabangsa dan sebagai ahli pasukan yang sangat junior, saya merasakan tekanan untuk meneruskan persembahan ini.

“Tetapi saya berharap agar dapat terus belajar dan mencapai tahap yang lebih tinggi, “katanya seperti dipetik menerusi laporan The Star Online hari ini.

Wakil pendebat dari UM, Sharwin memberitahu, mereka tidak menjangkakan untuk mendapat peluang sejauh itu memandangkan prestasi yang ditonjolkan kurang memberangsangkan pada awal permulaan kejohanan itu.

“Tetapi apabila kejohanan itu bermula, kami mula melaksanakan dengan lebih baik daripada jangkaan awal.

“Sudah pasti saya mempunyai dua tahun lagi dalam karier perdebatan dan kami merancang untuk melakukannya dengan baik dalam kejohanan antarabangsa yang akan datang,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini