Lelaki dipercayai lemas mandi di Sungai Muda - Utusan Malaysia

Lelaki dipercayai lemas mandi di Sungai Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 7 Julai – Seorang lelaki yang berasal dari Pahang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Muda, berhampiran Sidam Kiri di Kuala Muda di sini, tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Muhamad Syukri Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.28 tengah hari sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun katanya, tiada pengenalan diri ditemukan pada mangsa yang dianggarkan berusia sekitar 30-an.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Difahamkan mangsa lemas ketika sedang mandi bersama seorang rakannya di sungai berkenaan kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

“Mangsa dikatakan tenggelam ketika cuba bergerak ke tengah sungai sebelum tiba-tiba hilang dibawa arus sungai,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Beliau berkata, gerakan mencari mangsa turut membabitkan tujuh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Sungai Petani dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Muda.

Operasi mencari dihentikan pada pukul 7 malam dan akan disambung esok.

Sementara itu, rakan mangsa, Mohammad Faridzuan Mohd Nor, 26, berkata ketika kejadian berlaku, mereka baru sahaja selesai membersihkan kawasan tanaman tebu yang berada di tepi sungai berkenaan.

“Kami mengambil upah menjaga kawasan tanaman tebu di sini dan ketika kejadian kami sedang berehat selepas membersihkan tanaman.

“Saya ajak dia mandi sebab cuaca panas, ketika mandi, dia bergerak ke tengah sungai, saya nampak dia seakan tenggelam timbul.

“Dia sempat meminta tolong sebelum saya bertindak mengambil bot orang kampung yang berada di kawasan berhampiran, apabila saya patah balik, saya tengok mangsa sudah hilang dari permukaan air,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini