Pembantu am maut, anak cedera - Utusan Malaysia

Pembantu am maut, anak cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU 7 Julai – Seorang pembantu am Pejabat Perhutanan Cameron Highlands maut manakala anaknya cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas di Kilometer 93 Jalan Aring/Sungai Gawi dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu mangsa, Mohd. Fauzi Azir, 38, yang berasal dari Kampung Kuala Gali di Raub, Pahang meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya, Muhammad Alif Syazwan Mohd. Fauzi, 8, patah peha kanan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, ketika di lokasi kejadian, kereta Proton Wira yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa dari arah Cameron Highlands menghala ke Kuala Berang.

“Lokasi kejadian ialah jalan satu lorong dua hala dengan keadaan cuaca baik dan permukaan jalan kering,” katanya.

Menurut Mohd. Adli, mayat mangsa dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat dan anaknya menerima rawatan di hospital sama.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini