Cucu Mandela kutuk dasar aparteid Zionis - Utusan Malaysia

Cucu Mandela kutuk dasar aparteid Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Ahli Parlimen Kongres Kebangsaan Afrika (ANC), Zwelivelile Mandela, mengutuk dasar aparteid yang dijalankan oleh rejim Zionis di bumi Palestin, satu pernyataan solidariti antara Afrika Selatan dan Palestin oleh cucu kepada ‘hero’ anti-aparteid, Nelson Mandela itu.

ANC merupakan parti pemerintah Afrika Selatan.

Al-Jazeera melaporkan, Zwelivelile membuat kenyataan itu pada Ekspo Palestin, acara tahunan di London yang bertujuan mempamerkan sejarah, warisan dan budaya Palestin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, Nation-State Law (undang-undang negara bangsa) pada tahun lalu yang mengisytihar Israel tanah air bersejarah bangsa Yahudi ‘mengesahkan karakter sebenar dan realiti Israel sebagai negara aparteid’.

Beliau turut menggariskan dasar aparteid terhadap kaum kulit hitam Afrika Selatan – daripada kewujudan ‘bantustan’ (wilayah yang diketepikan untuk kulit hitam Afrika Selatan) kepada pengambilan tanah.

“Semua ciri-ciri ini dilaksanakan dalam aparteid Israel tetapi kini telah diberi status dan ungkapan Perlembagaan oleh Nation-State Law,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini