Rex Kayak School juara Festival Sungai Kampar - Utusan Malaysia

Rex Kayak School juara Festival Sungai Kampar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOPENG – Pasukan ‘Rex Kayak School’ muncul juara keseluruhan Festival Sungai Kampar 2019 yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu di Dataran Jahang di sini.

Kejayaan itu terhasil selepas pasukan yang dianggotai Mohd. Firdaus Zulkifle, Agus Gunawan, Muhammad Amerul Aqmil, Wan Muhd Firdaus Wan Osman dan Erwan Saimsonson Saimudin dari Sabah mengungguli kategori kayak ‘down river’, ‘rafting race down river’ serta kayak ‘race overall’ secara individu.

Ketua pasukan, Mohd Firdaus Zulkifle, 35, berkata, beliau amat gembira kerana meraih kejuaraan itu selepas hampir lima bulan membuat persiapan rapi sebelum kejohanan berlangsung.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami pada mulanya memang tidak jangka menang sebab banyak pasukan yang bagus dan mempunyai kredibiliti untuk menang.

“Namun, dengan semangat berpasukan yang tinggi selain sentiasa memberi semangat antara satu sama lain menjadi kunci utama kejayaan ini,” katanya.

Firdaus berkata, kejuaraan itu juga akan dijadikan tonik tambahan untuk dirinya dan rakan sepasukan mengharungi cabaran pada kejohanan sukan arus deras di Sungai Asahan, Indonesia pada Oktober ini.

Sementara itu, penganjur kejohanan, Mohd. Hasrol Kamis@Mahmud berkata, beliau merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri dan semua pihak terlibat yang bersama dalam menjayakan penganjuran sukan arus deras itu yang pertama dalam negara.

Beliau turut berharap dengan kejayaan penganjuran itu, ia boleh dijadikan platform oleh pelbagai pihak untuk mempopularkan sukan itu di negara ini.

“Saya juga yakin jika lebih banyak penganjuran sukan ini, ia akan menarik minat masyarakat khususnya golongan belia untuk menyertainya,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini