Muhyiddin nafi surat tular sokong Anwar - Utusan Malaysia

Muhyiddin nafi surat tular sokong Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Julai – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan sekeras-kerasnya telah menandatangani satu dokumen Akuan Bersumpah mengenai peralihan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang tular dalam media sosial hari ini.

Menurut Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Dokumen tersebut adalah palsu.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya telah menandatangani satu dokumen Akuan Bersumpah mengenai peralihan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang tular dalam media sosial hari ini. Dokumen tersebut adalah palsu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya telah meminta pihak polis supaya menyiasat penularan dokumen palsu ini yang saya fikir adalah bertujuan untuk mencemarkan nama baik saya,” katanya menerusi hantaran melalui akaun Facebook miliknya hari ini.

Dua salinan surat akuan milik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tular hari ini.

Kedua-dua surat tersebut menyatakan sokongan dua pemimpin itu kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kepemimpinan negara daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Surat yang disertakan dengan cop Pesuruhjaya Sumpah itu menggunakan pencontoh (template) yang sama dan diakhiri dengan pengakuan kedua-dua pemimpin itu untuk mematuhi apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Anwar bagi memastikan proses peralihan jawatan Perdana Menteri berjalan dengan lancar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini