BESUT – Seorang remaja lelaki nyaris dibelit seekor ular sawa seberat kira-kira 100 kilogram semasa berada di dusun durian milik keluarganya di Kampung Gong Duek, Hulu Besut di sini pada Khamis lalu.
Kejadian pada pukul 6.30 petang itu berlaku ketika Tengku Farith Ikhmal Tengku Mat (gambar kecil), 18, sedang memantau beberapa pekerja membersihkan dusun durian tersebut.
“Saya perasan seekor ular sawa sepanjang hampir enam meter sedang berlingkar dalam kawasan semak tidak jauh dari tempat saya berdiri.
Memuatkan artikel berkaitan…











