Remaja sesak nafas daki Bukit 8888 - Utusan Malaysia

Remaja sesak nafas daki Bukit 8888

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Seorang remaja perempuan yang mengalami sesak nafas ketika mendaki Bukit 8888 di Pokok Sena di sini berjaya dibawa turun anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu berlaku ketika mangsa, Siti Nurashima Rusli, 17, mendaki bukit tersebut bersama enam lagi rakannya.

Mereka merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi, Pokok Sena.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd. Shukri Shuib berkata, pusat kawalan operasi APM daerah Padang Terap menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 5.40 petang ini.

“Pemanggil memaklumkan terdapat seorang remaja perempuan mengalami sesak nafas ketika sedang melakukan aktiviti mendaki bukit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, tiga anggota diketuai Lans Koperal (PA) Mohd. Rizal Ali bergegas ke lokasi kejadian yang memerlukan anggota mendaki kira-kira 20 minit untuk sampai ke puncak bukit tersebut pada ketinggian 198.98 meter.

“Kita terpaksa menurunkan mangsa dengan menggunakan pengusung dan anggota mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai ke bawah memandangkan laluan curam dan berliku,” ujarnya.

Tambahnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Nerang dekat sini untuk mendapatkan rawatan dan remaja terbabit dilaporkan dalam keadaan stabil. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini