England tidak rela pulang dengan ‘tangan kosong’ - Utusan Malaysia

England tidak rela pulang dengan ‘tangan kosong’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Pengendali England, Phil Neville mahu pasukannya meninggalkan kejohanan Piala Dunia Wanita 2019 dengan membawa pulang sesuatu.

Biarpun masih dibelenggu kekecewaan selepas tewas 1-2 kepada juara bertahan Amerika Syarikat (AS) di peringkat separuh akhir, England bakal berdepan Sweden untuk penentuan tempat ketiga dan keempat pada pukul 11 malam ini.

Sweden tewas kepada Belanda, 0-1 dalam aksi separuh akhir.

Memuatkan artikel berkaitan…

The Lionesses mahu melakar pencapaian terbaik sama seperti ketika menduduki tempat ketiga di Piala Dunia Kanada pada tahun 2015.

“Kami mahu pulang dengan sesuatu untuk membuktikan semua kerja keras yang kami lakukan. Saya mahu meluangkan waktu cuti, dalam keadaan tenang menamatkan kejohanan dengan baik.

“Kami akan terus mencubanya lagi. Kami sudah mengenal pasti kelemahan yang perlu diatasi untuk mencatat kemenangan nanti. Pemain sedar mereka perlu melakukan sesuatu.

“Kami kecewa kerana tewas pada separuh akhir, kami semua kecewa apabila ramai melihat aksi kami di tempat ketiga dan keempat. Ia bukan bermakna kami tidak menghormati keputusan, ia adalah kebenaran dan amat menyakitkan,” kata Neville.

England akan menurunkan barisan terkuat untuk berdepan pemenang pingat Perak Sukan Olimpik, Sweden namun Neville terpaksa membuat beberapa pertukaran selepas pemain pertahanan Millie Bright digantung perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini