Nyaris diserang ular sawa 6 meter - Utusan Malaysia

Nyaris diserang ular sawa 6 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT 6 Julai – Seorang pemuda melalui detik cemas namun bernasib baik kerana terselamat daripada serangan seekor ular sawa batik sepanjang kira-kira 6 meter ketika masuk ke kebun durian berhampiran rumahnya di Kampung Gong Duek dekat sini Khamis lalu.

TENGKU FARITH IKHMAL TENGKU MAT
TENGKU FARITH IKHMAL TENGKU MAT 

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, Tengku Farith Ikhmal Tengku Mat, 18, memasuki kebun durian keluarganya untuk melihat kerja-kerja membersih yang dijalankan oleh beberapa orang pekerja.

Katanya, sejurus beberapa langkah ke dalam kebun itu, dia terkejut apabila mendapati seekor ular yang dalam keadaan berlingkar ditutupi rumput dan semak kira-kira dua meter dari tempat dia berdiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya lega kerana sempat bertenang dan tidak terburu-buru melintas kawasan itu kerana jika tidak, sudah tentu diterkam ular itu yang pada mulanya saya sangkakan saiz kecil.

ANGGOTA APM Besut menunjukkan seekor ular sawa Batik sepanjang 6 meter yang berjaya ditangkap dalam
ANGGOTA APM Besut menunjukkan seekor ular sawa Batik sepanjang 6 meter yang berjaya ditangkap dalam kebun durian di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu khamis lalu. – UTUSAN ONLINE

“Tak tahulah apa akan jadi jika ular tersebut sempat patuk dan belit saya,” katanya yang bekerja sebagai pembantu kedai bahan binaan berhampiran rumahnya di sini hari ini.

Tengku Farith Ikhmal berkata, dia terus menghubungi pejabat Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Besut yang tiba tidak lama kemudian sebelum mengambil masa setengah jam menangkap reptilia tersebut.

Pegawai APM Besut, Mohd. Suhaimi Awang berkata, ular sawa itu berjaya ditangkap tiga anggotanya iaitu Faizal Dollah, Siti Aishah Awang Salam dan Suziena Zainal Abidin sambil dibantu penduduk kampung.

“Ular sawa seberat kira-kira 100 kilogram ini adalah yang terbesar pernah kita tangkap di daerah ini setakat ini,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini