Peraturan F1 makin tidak logik - Utusan Malaysia

Peraturan F1 makin tidak logik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SPIELBERG – Prinsipal pasukan Red Bull, Christian Horner berpendapat saingan Formula Satu (F1) pada ketika ini terlalu banyak dipengaruhi dengan peraturan yang tidak sewajarnya.

Horner mengeluarkan kenyataan demikian selepas kemenangan pelumbanya, Max Verstappen pada Grand Prix (GP) Austria di Litar Red Bull Ring disiasat sebaik tamat perlumbaan.

Kemenangan Verstappen disiasat selepas dia terlibat dalam satu insiden ketika memintas pelumba Ferrari, Charles Leclerc di selekoh ketiga pada penghujung perlumbaan sehingga menyebabkan pelumba Monaco itu terkeluar dari litar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada pandangan saya, adalah jelas bahawa Verstappen sedang mendahului dan ia adalah selekohnya. Jika anda bertindak secara keterlaluan, sudah tentu ramai pelumba yang akan didenda. Jadi, tidak ada guna untuk memintas pelumba lain.

“Saya fikir F1 sekarang terlalu dibebani dengan peraturan-peraturan yang tidak sepatutnya. Saya berpendapat, keputusan yang tepat telah dibuat (Verstappen tidak dikenakan tindakan) dan kami berasa gembira dengan keputusan itu,” kata Horner.

Ketika ditanya sama ada pegawai perlumbaan mengambil tempoh terlalu lama iaitu tiga jam untuk membuat keputusan berhubung kemenangan Verstappen, beliau percaya mereka memerlukan masa untuk melakukan siasatan menyeluruh.

“Saya tidak tahu. Mereka perlu melihat insiden berkenaan secara menyeluruh dan mendengar penjelasan daripada kedua-dua pelumba. Pertimbangan perlu dilakukan mereka selain meneliti penghakiman-penghakiman sebelum ini,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini