Boleh isteri tanggung suami, keluarga? - Utusan Malaysia

Boleh isteri tanggung suami, keluarga?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UMUM mengetahui bahawa nafkah keluarga merupakan tanggungjawab si suami untuk menyediakannya, namun bagaimana sekiranya ketua keluarga itu tidak bekerja atau pendapatannya sedikit berbanding isterinya yang mempunyai pendapatan jauh lebih besar?

Pedoman

Hukum asal adalah wajib buat suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, namun sekiranya isteri yang bertindak memberi nafkah kepada kedua-dua kumpulan insan itu, perkara itu dikategorikan sebagai ihsan dan besar ganjaran buat dirinya.

Tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri ada disebut dalam al-Quran maksudnya: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu, dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.” (al-Baqarah: 233)

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Rasulullah SAW menyarankan agar golongan lelaki mencari nafkah untuk dirinya dan ahli keluarga lain, selain lebihan rezeki yang diperoleh boleh dikongsi bersama ahli keluarga terdekat serta golongan memerlukan.

Daripada Jabir r.a., bahawa Rasulullah bersabda: “Mulakan nafkah dengan dirimu. Jika berbaki, berikanlah kepada ahli keluargamu. Jika masih berbaki, berikanlah kepada saudara-maramu yang terdekat dan jika masih berbaki lagi, berikanlah kepada mereka dan seterusnya.” -Riwayat al-Bukhari

Biarpun dibolehkan untuk si isteri untuk menanggung nafkah keluarga, tetapi adalah lebih baik sekiranya suami itu mencari pekerjaan biarpun hanya memperoleh gaji yang kecil.

Sekiranya masih juga gagal mendapatkan pekerjaan biarpun telah mencuba nasib dalam pelbagai sektor industri, bantulah si isteri di rumah dengan kudrat yang ada. Jangan pula asyik bersila panggung dan ‘membuta seharian’ di rumah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini