Djokovic teruskan kemaraan - Utusan Malaysia

Djokovic teruskan kemaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Bekas juara empat kali, Novak Djokovic mara ke pusingan ketiga Kejohanan Tenis Wimbledon buat kali ke-11 berturut-turut selepas menewaskan Denis Kudla dari Amerika Syarikat 6-3, 6-2, 6-2 awal pagi semalam.

Pilihan utama kejohanan dari Serbia itu gembira dengan aksi konsisten ditunjukkannya walaupun pada masa sama merasakan dia mampu menampilkan prestasi yang lebih baik pada pusingan ketiga selepas ini.

“Tumpuan 100 peratus dan konsisten permainan adalah salah satu kunci kejayaan sejak 10 tahun menyertai kejohanan bertaraf Grand Slam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sentiasa memberikan kualiti permainan terbaik untuk membolehkan kejayaan sebegini tercapai. Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan prestasi hari ini (awal pagi semalam) walaupun ada ketikanya saya boleh bermain lebih bagus,” katanya.

Kemenangan itu sebenarnya sudah di­jangka memandangkan Kudla bukanlah lawan setaraf buat Djokovic, 32, yang baru tewas sekali kepada pemain ranking bawah 100 dunia iaitu Denis Istomin sewaktu Terbuka Australia dua tahun lalu.

Lawan pemain No. 1 dunia itu pada pusingan ketiga hari ini ialah Hubert Hurkacz dari Poland yang mara selepas menewaskan wakil Argentina, Leonardo Mayer 6-7 (4/7), 6-1, 7-6 (9/7), 6-3 kelmarin.

Pertembungan itu sekali lagi dijangka memihak kepada Djokovic memandangkan dia pernah menewaskan Hurkacz sewaktu pusingan pertama Roland Garros pada Mei lalu. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini