Seludup PATI guna teksi - Utusan Malaysia

Seludup PATI guna teksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT – Taktik menyeludup dua pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia termasuk seorang wanita menggunakan teksi gagal selepas dihidu pihak berkuasa dalam kejadian di Jalan Besar Tumbok Pantai Tanjong Sepat, kelmarin.

Ketiga-tiga mereka termasuk pemandu teksi berusia 30 hingga 50-an itu diberkas pada pukul 4.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kejayaan itu hasil daripada maklumat dan risikan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang mengesan sebuah teksi dalam keadaan mencurigakan di kawasan berdekatan belukar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, teksi jenis Proton Waja itu didapati berhenti dalam masa agak lama sebelum dinaiki dua warga Indonesia termasuk wanita.

“Anggota dan pegawai PGA kemudiannya menahan teksi itu sebelum membuat pemeriksaan lanjut.

“Hasilnya didapati kedua-dua penumpang teksi itu gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, siasatan lanjut mendapati dua PATI itu mengaku baru memasuki negara melalui laluan tidak diwartakan sehari sebelum dicekup pihak PGA.

Jelas Azizan, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat untuk siasatan lanjut.

“Teksi tersebut juga dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Pemerdagangan Manusia dan Pengeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini