GENEVA 5 Julai – Lebih 40 anggota tentera termasuk rekrut di sebuah akademi ketenteraan di tengah Switzrland dikejarkan ke hospital semalam selepas mereka jatuh sakit dan muntah secara tiba-tiba.
Jabatan Pertahanan Switzerland dalam satu kenyataan memaklumkab bahawa seramai 43 anggota tentera di Akademi Jassbach di Linder menunjukkan tanda-tanda ‘acute gastrointestinal’ berserta muntah dan cirit-birit yang teruk.
Setakat ini, empat daripadanya dilaporkan dalam keadaan kritikal dan pihak berkuasa masih belum mengenal pasti punca kepada situasi berkenaan. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











