Tiga pegawai PBT, seorang pegawai KPDNHEP disyaki terima rasuah - Utusan Malaysia

Tiga pegawai PBT, seorang pegawai KPDNHEP disyaki terima rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 2 Julai – Tiga pegawai Majlis Daerah Yan dan seorang pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri ditahan kerana disyaki menerima rasuah daripada pemilik kilang baja di Yan, di sini pada tahun lalu.

Pegawai KPDNHEP yang berusia 37 tahun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumahnya di Alor Setar, manakala tiga lagi individu yang berusia 50, 53 dan 54 tahun ditahan di pejabat majlis daerah tersebut.

Kesemua mereka ditahan antara pukul 12 tengah hari hingga 1 petang semalam oleh sepasukan anggota SPRM negeri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut sumber, tiga pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) itu disyaki menerima wang berjumlah RM4,600 daripada pengusaha kilang baja berkenaan antara Ogos hingga September tahun lalu.

“Mereka didakwa melakukan perbuatan itu sebagai dorongan untuk memproses permohonan lesen kilang baja walaupun mengetahui bangunan kilang terbabit tidak memenuhi spesifikasi sebagai sebuah kilang.

“Manakala, pegawai KPDNHEP yang bertugas di pejabat Anak Bukit, Alor Setar pula didakwa menerima wang sebanyak RM11,000 dan sebuah telefon bimbit bernilai RM1,300 daripada pengusaha kilang baja sama sebagai dorongan bagi membantu mempercepatkan proses permohonan lesen di bawah Akta Kawalan Bekalan,” katanya di sini, hari ini.

Keempat-empat individu terbabit kini direman selama enam hari sehingga 7 Julai ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap mengesahkan penahanan kesemua individu terbabit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini