Percaturan Sterling tepat - Utusan Malaysia

Percaturan Sterling tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Raheem Sterling mengakui keinginannya yang tinggi untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) telah mendorong dia meninggalkan Liverpool.

Bintang England itu meninggalkan Anfield untuk menyertai Manchester City dengan nilai 49 juta pound (RM256 juta) pada 2015 sekali gus menjadi pemain Inggeris termahal.

Sterling, 24, menolak tawaran lumayan daripada Liverpool bagi membolehkan dia berpindah ke Etihad meskipun dia terpaksa menerima kritikan daripada penyokong The Reds.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keputusan yang diambil Sterling itu nyata berbaloi apabila skuad The Citizens menjuarai trofi EPL dua kali berturut-turut.

“Apabila menyertai Liverpool, saya berkata jika saya tidak memenangi EPL pada usia 21 tahun saya perlu mencari pasuan lain dan itu yang saya lakukan.

“Saya mencari pasukan lain ketika masih muda dan saya berpindah ke City dan menangi trofi EPL pertama.

“Saya berasa gembira kerana apa yang dirancangkan menjadi,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini