Bukan paramotor, tetapi pesawat ringan Technam terhempas - Utusan Malaysia

Bukan paramotor, tetapi pesawat ringan Technam terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU – Polis mengesahkan objek rentung yang ditemui terhempas di sebuah kawasan semak di Purun, Kuala Klawang dekat sini kira-kira pukul 3.30 petang, Sabtu lalu bukan paramotor, sebaliknya pesawat ringan jenis Technam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, kes itu kini disiasat oleh Bahagian Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan.

“BSKU akan jalankan siasatan lanjut dan pihak polis akan beri bantuan yang diperlukan. Siasatan polis menjurus kearah unsur jenayah dan setakat ini tidak terdapat unsur jenayah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keterangan mangsa belum dapat dirakam kerana keadaan kesihatan mereka (di sebuah hospital di Kuala Lumpur) tidak mengizinkan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal mengunjungi lokasi nahas pagi tadi.

Kosmo! pada 29 Jun lalu ini melaporkan sebuah objek rentung dipercayai paramotor ditemui di sebuah kawasan semak di Purun selepas terhempas kira-kira pukul 3.30 petang. 

Dua mangsa lelaki yang menaiki pesawat itu dikenal pasti sebagai warga Amerika Syarikat (AS), Les Zsort Wrosmarty, 60, dan warga Malaysia, Siow Moon Yoew, 56.

Dalam pada itu, Mohamad menafikan dakwaan yang disebarkan di media sosial bahawa warga AS yang terlibat dalam nahas itu adalah seorang perisik.

Jelas beliau, lelaki itu masuk ke negara ini sebagai pelancong yang sah, namun siasatan mengenai status penerbangan yang dilakukannya akan disiasat oleh BSKU. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini