KUALA LUMPUR – Jenama telefon pintar global, OPPO memperkenalkan warna baharu Sunset Rose bagi model OPPO Reno yang ditawarkan pada harga RM1,999.
Pengurus Produk OPPO Reno, Ken Ng berkata, warna Sunset Rose diinspirasikan daripada warna mawar putih dan cahaya merah jambu yang kelihatan pada waktu matahari terbenam.
Beliau berkata, tidak seperti warna-warna yang ditawarkan pada model OPPO yang lain, Sunset Rose memberikan gaya lebih feminin yang menambahkan lagi nilai estetika telefon pintar berkenaan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Di Oppo, rekaan dan nilai estetika memainkan peranan penting dalam menghasilkan sesuatu poduk bagi menarik minat pembeli,” katanya pada majlis pelancaran OPPO Reno Sunset Rose di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











