Tuan Ibrahim pertahan hadis - Utusan Malaysia

Tuan Ibrahim pertahan hadis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Julai – Hadis yang digunakan Pas semalam iaitu Islam melarang umatnya mengisytiharkan harta kepada umum kerana ramai yang dengki, merupakan hadis sahih.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini bahawa beliau telah pun menyemak terlebih dahulu kesahihan hadis tersebut, sebelum menggunakannya.

“Saya telah semak martabat hadis itu dan saya fikir yang penting kita tidak boleh hanya berpegang satu pandangan. Berapa hadis sahih? Kita terima ada enam sumber hadis sahih iaitu Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah dan An-Nasaie.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Masing-masing meletakkan syarat, ada yang rigid, ada yang kurang. Oleh itu, tidak boleh kita berpegang hanya satu pandangan lalu kita berpandangan itu yang muktabar,” katanya.

Tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, tidak timbul sama sekali Pas memperkudakan agama apabila menggunakan hadis tersebut bagi menentang usul pengisytiharan harta.

“Hadis panduan. Kalau kita tak berpandukan hadis apa lagi? Bukan memperalatkan hadis, sebaliknya yang penting kita berjalan ikut panduan hadis.

“Kalau nabi sebut demikian tak kan kita nak pertikai, ini Rasulullah beritahu, kalau itu panduan Rasulullah kita kena ikut,” katanya.

Semalam, usul mencadangkan setiap Ahli Parlimen wajib mengisytiharkan harta masing-masing mendapat persetujuan sebulat suara ahli-ahli Dewan Rakyat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini