KUALA LUMPUR – Kompleks PKNS Shah Alam kini berwajah baharu hasil transformasi oleh syarikat kerajaan negeri Selangor iaitu PKNS Real Estate Sdn. Bhd (PREC).
PREC dalam satu kenyataan memberitahu, bangunan dari era 80-an itu melalui pelbagai peringkat pengubahsuaian reka bentuk untuk kekal relevan dan memenuhi keperluan orang ramai.
“Antara transformasi yang dilakukan adalah penambah baikan surau yang diberikan nama baharu iaitu Musolla Al-Kauthar, medan selera, kemudahan tandas, pendingin hawa dan bahagian luar bangunan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Transformasi ini diharap dapat memberikan kesan positif kepada perkembangan sektor ekonomi dan pelancongan di Shah Alam khususnya melalui kemasukan ‘orang luar’,” katanya dalam kenyataan itu.- UTUSAN ONLINE











