Isytihar harta? Pas tiada masalah - Tuan Ibrahim - Utusan Malaysia

Isytihar harta? Pas tiada masalah – Tuan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Julai – Ahli-ahli Parlimen Pas tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengisytihar harta masing-masing.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Dewan Rakyat turut dicadangkan supaya membuka kaunter di Parlimen bagi membolehkan pengisytiharaan harta dalam kalangan Ahli-Ahli Parlimen dilakukan.

“Bagi Pas, kita tidak ada masalah apabila lulus kita mengalukan pihak membuka kaunter untuk isytiharkan harta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Daripada segi isytihar harta ini, esok mungkin berubah, bulan depan akan berubah dan setiap setahun akan berubah lagi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, usul mencadangkan setiap Ahli Parlimen wajib mengisytiharkan harta masing-masing mendapat persetujuan sebulat suara ahli-ahli Dewan Rakyat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini