BANGKOK – Akira Nishino yang pernah memimpin Jepun mara hingga peringkat kalah mati Piala Dunia 2018 telah dilantik sebagai ketua jurulatih Thailand.
“Akira Nishino bersetuju untuk menjadi ketua jurulatih Thailand serta skuad B-23 negarai ini dan beliau melengkapkan beberapa tugasan yang diberikan,” kata Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT).
Jurulatih dari Jepun itu akan memimpin skuad Gajah Perang dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022 di Qatar.
Memuatkan artikel berkaitan…
Nishino, 64, juga akan membimbing skuad B-23 Thailand dalam Sukan SEA pada hujung tahun ini di Filipina selain kejohanan AFC B-23 di laman sendiri pada Januari 2020.
“Dia sudah menyatakan persetujuan untuk menggalas cabaran tersebut,” kata FAT lagi. – AFP











