Alisson bawa aura Liverpool hadapi Messi - Utusan Malaysia

Alisson bawa aura Liverpool hadapi Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELO HORIZONTE – Penjaga gol Brazil berharap dapat menggunakan pengalaman berdepan Lionel Messi untuk membantu pasukannya menyekat bintang Argentina itu menjelang aksi separuh akhir Copa America 2019 di Estadio Mineirao, awal pagi esok.

Alisson telah berdepan Messi sebanyak empat kali di peringkat Eropah sejak dua musim lalu sewaktu menyarung jersi AS Roma dan Liverpool.

Dalam kedua-dua aksi bagi saingan suku akhir dan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah pasukan yang diwakili Alisson mempamerkan kebangkitan luar biasa dalam perlawanan timbal balik di laman sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Messi membolosi gawang Alisson dua kali di Camp Nou pada 1 Mei lalu tetapi penjaga gol berusia 26 tahun itu memastikan kubunya tidak bocor dalam aksi kedua ketika The Reds mempamer kebangkitan menakjubkan di Anfield.

Alisson percaya jika Brazil dapat mempamerkan aksi sama seperti Roma dan Liverpool, juara lima kali Copa America itu akan berpeluang untuk mengekang kehebatan Messi.

“Saya yakin dengan pasukan, hasil kerja saya bahawa kami akan melalui perlawanan yang hebat dan bersedia dengan segalanya.

“Roma dan Liverpool adalah pasukan berbeza namun terdapat dua kisah menggembirakan ketika saya bersama mereka. Saya bersama dua pasukan yang beraksi secara kolektif.

“Pasukan kami bermain seperti itu, dengan satu perhubungan. Kini, kami hidup dalam dua pengalaman penting. Tetapi dalam perlawanan seperti esok, tiada ruang untuk melakukan kesilapan apabila berdepan Argentina dan semua orang perlu berikan aksi terbaik,” katanya.

Alisson memainkan peranan utama dalam memastikan kemaraan Brazil apabila kecemerlangannya menafikan sepakan penalti Gustavo Gomez ketika mengatasi Paraguay di suku akhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini