Bank Rakyat sumbang RM713,000 bantu pelajar asnaf UIAM - Utusan Malaysia

Bank Rakyat sumbang RM713,000 bantu pelajar asnaf UIAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK – Bank Rakyat menyempurnakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka dengan menyumbangkan kira-kira RM713,038 bagi program biasiswa untuk 15 pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang kurang berkemampuan.

Ketua Pegawai Perbankan Perniagaan Bank Rakyat, Abdul Razak Abu Bakar berkata, dana yang disumbangkan menerusi Jawatankuasa Zakat Perniagaan Bank Rakyat Bawah Asnaf (JZPBA) itu menyasarkan seramai 10 orang pelajar tempatan dan lima antarabangsa.

“Dana berbentuk biasiswa yang diberikan kepada 15 pelajar terpilih itu akan digunakan untuk menampung keperluan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa bagi tempoh empat tahun di UIAM.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemberian biasiswa itu juga bukan sahaja bertumpu untuk menyalurkan bantuan zakat kepada insan yang memerlukan sebaliknya turut berfokus membantu individu terbabit meningkatkan taraf ekonominya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani Memorandum Kerjasama (MoA) dengan UIAM dan Yayasan As-Syafie bagi program biasiswa untuk pelajar kurang berkemampuan di sini sebentar tadi.

Turut hadir Rektor UIAM, Prof. Emiritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan As-Syafie, Prof. Madya Dr. Zawawi Ismail. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini