Anak pengasuh berusia 12 tahun rogol kanak-kanak 4 tahun - Utusan Malaysia

Anak pengasuh berusia 12 tahun rogol kanak-kanak 4 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dipercayai menjadi mangsa rogol anak lelaki pengasuhnya dalam kejadian di Taman Sri Wangsa di sini.

Kejadian tersebut terbongkar Khamis lalu apabila kanak-kanak terbabit mengadu sakit pada bahagian kemaluan yang didakwa dilakukan suspek berusia 12 tahun itu kepada ibunya.

AHMAD ADNAN BASRI
AHMAD ADNAN BASRI 

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, ibu mangsa kemudiannya membawa kanak-kanak itu ke klinik untuk pemeriksaan sebelum diminta oleh doktor agar membuat laporan polis.

Katanya, ibu mangsa juga telah berjumpa dengan pengasuh dan suspek untuk bertanyakan hal berkenaan sebelum murid darjah enam itu mengaku melakukan perbuatan tersebut.

“Kejadian itu terbongkar apabila mangsa mengadu sakit pada bahagian sulitnya dan memberitahu ibunya tentang perbuatan suspek yang membuka seluar dan memegang kemaluannya.

“Mangsa juga mengadu, suspek yang dipanggilnya abang itu turut menggeselkan sesuatu pada belakang punggungnya di mana mangsa tidak pasti jenis objek tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut telah dilakukan terhadap kanak-kanak itu dan pihak hospital mengesan terdapat kesan koyakan pada pelbagai posisi hingga menyebabkan selaput dara mangsa pecah.

Sehubungan itu katanya, tangkapan telah dilakukan terhadap suspek malam tadi dan kini direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

“Siasatan kes rogol melibatkan suspek berusia 12 tahun ini dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×