15 maut dihempap dinding runtuh di India - Utusan Malaysia

15 maut dihempap dinding runtuh di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI 2 Julai – Sekurang-kurangnya 15 orang terkorban awal pagi ini apabila dihempap sebuah dinding di kawasan penempatan setinggan yang runtuh akibat hujan lebat dan 69 lagi cedera.

Ketika ini, India dilanda musim monsun menyebabkan beberapa kawasan dilanda hujan lebat berturut-turut selama dua hari sejak semalam.

Sehubungan itu, pihak berkuasa India mengisytiharkan hari ini sebagai cuti umum dan menasihatkan semua penduduk supaya duduk di dalam rumah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sekolah serta institusi pengajian juga ditutup dan banyak jadual penerbangan dilencongkan dari lapangan terbang Mumbai susulan keadaan cuaca buruk. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini