Eksesais Kerismas dihidupkan semula - Utusan Malaysia

Eksesais Kerismas dihidupkan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 2 Julai – Eksesais Kerismas yang merupakan latihan terbesar dalam sejarah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dihidupkan semula setelah 14 tahun tidak dilaksanakan.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Reza Mohd. Sany berkata, eksesais di perairan Laut China Selatan di sini itu akan diadakan selama 11 hari bermula semalam.

“Matlamatnya tidak pernah berubah iaitu menguji tahap kesiagaan armada meliputi seluruh aspek mahupun operasi taktikal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berharap, eksesais ini dapat mencapai objektif spesifik seperti yang telah digariskan dan seterusnya berupaya mempersiapkan armada bagi menangani sebarang bentuk ancaman sama ada konvensional atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pembukaan Eksesais Kerismas 26/2019 di Auditorium Al-Haimi, Markas Wilayah Laut 1 di sini hari ini.

Reza berkata, selepas Kerismas, eksesais di perairan Laut China Selatan diteruskan dengan Eksesais Taming Sari siri 19/2019 yang akan bermula pada 12 Julai sehingga 18 Julai ini.

“Dua eksesais ini akan diadakan secara berterusan melibatkan 11 aset TLDM dan kira-kira 3,000 anggota. Eksesais ini turut melibatkan aset dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Selain tembakan peluru berpandu, eksesais kali ini akan turut melibatkan kapal selam KD Tunku Abdul Rahman,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini