BENTONG – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar tunggul kayu di Kilometer 6 Jalan Bentong-Karak di sini hari ini.
Ketua Polis daerah, Superintenden Yusof Unis berkata, kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu berlaku ketika mangsa, Lai Kim Yang, 32, dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Bentong.
“Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan dipandu mangsa terbabas ke kanan jalan dan melanggar tunggul kayu di bahu jalan kanan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kemalangan tersebut mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan masih dilakukan. – UTUSAN ONLINE











