Terima kasih kerana sokong - Utusan Malaysia

Terima kasih kerana sokong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak yang menyokong kempen Undi 18 dan usul pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur layak mengundi kepada 18 tahun.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu kenyataan hari ini berkata, usul pindaan Perlembagaan Persekutuan adalah satu usul yang bersifat bipartisan dan mengangkat semangat permuafakatan antara semua ahli parlimen Dewan Rakyat.

“Ini adalah usaha yang mengutamakan anak muda dan bakal mencorakkan masa hadapan negara Malaysia dengan penglibatan secara langsung dari anak muda.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Usaha menyuburkan demokrasi negara ini juga mendapat sokongan dan perhatian daripada anggota pembangkang negara termasuklah Pas, Pemuda Pas, Pemuda MIC, UMNO Johor, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dari Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dari Parlimen Padang Rengas, Khairy Jamaluddin dari Parlimen Rembau serta Bung Mokhtar dari Parlimen Kinabatangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, cadangan yang telah dipersetujui Kabinet itu juga telah mendapat sokongan yang jelas daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan sivil serta mufti.

Dalam pada itu, kerajaan Malaysia juga sedang mengkaji langkah pendaftaran pengundi secara automatik, pindaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007, akta berkaitan pilihan raya serta penambahbaikan lain yang mampu meningkatkan keupayaan dan peranan anak muda.

Jelasnya lagi, KBS akan sentiasa memastikan usaha untuk mengangkat peranan anak muda tidak akan terhenti di dalam Dewan Rakyat bagi memastikan penyuburan demokrasi sentiasa berterusan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini