BRAZIL – Ketua jurulatih Brazil, Tite mengakui tidurnya tidak lena apabila perlu menghadapi Argentina dalam aksi separuh akhir Copa America, esok.
Tite mengambil alih pasukan daripada Dunga selepas prestasi buruk Brazil dalam kempen Copa America 2016 berkata ketika ini dia berasa gemuruh dan sedang melakukan persiapan untuk pasukannya.
“Saya tidak boleh tidur dengan lena. Saya bukan adiwira. Saya adalah saya dan boleh berdepan dengan cabaran ini. Semalam, saya bangun pada pukul 3.15 pagi dan berfikir apa yang patut saya lakukan.
“Sebagai jurulatih buku nota sentiasa ada di sebelah saya. Itu realiti menjadi jurulatih, bukan hanya saya,” katanya.
Tite turut berkata Argentina adalah pasukan yang kolektif dan tidak bergantung kepada skil individu tertentu jadi mustahil untuk Brazil merantai mana-mana pemain.
“Anda tidak boleh menyingkirkan Lionel Messi, anda mungkin boleh kurangkan pergerakannya,” katanya lagi. – AFP











