PAS cuba suburkan budaya takfiri - Utusan Malaysia

PAS cuba suburkan budaya takfiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji menyifatkan tindakan pemimpin Pas mengeluarkan fatwa ‘ wajib jatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ’ hanya akan memecahbelahkan rakyat.

Memetik portal Roketkini, Tengku Zulpuri berkata, kenyataan itu hanya akan manyuburkan budaya takfiri.

“Pas sekali membuat kenyataan yang mengelirukan rakyat serta ia mampu menjerumuskan fikiran rakyat khususnya orang Islam ke arah fahaman radikal dan takfiri. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kenyataan ‘wajib jatuhkan kerajaan PH’ adalah tak bertanggungjawab dan berbahaya. Rakyat perlu waspada dengan mainan politik sebegini,” katanya yang juga Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Nik Muhammad Zawawi Salleh berhubung kenyataannya dalam muktamar parti itu baru-baru ini yang ‘memfatwakan’ wajib menjatuhkan kerajaan PH.

Tambah Tengku Zulpuri, sebagai seorang Islam, hukum wajib, haram, sunat, makruh itu amat sinonim dalam kehidupan bermasyarakat. 

“Ia dekat di hati kita terutama orang Melayu dan Islam. Perkataan itu adalah hukum yang mesti di patuhi. Jika tidak buat, maka ianya berdosa.

“Bila Pas gunakannya untuk kepentingan politik sempit, ia boleh timbulkan kekeliruan dan perpecahan,” kata Ahli Parlimen Raub itu.

Tambahnya, Pas yang sering mendakwa memperjuangkan Islam seolah-olah cuba mempermainkan kesucian agama dan memperjudikan keamanan negara ini dengan ‘fatwa’ bahaya sedemikian.

“Tibalah masanya pihak berwajib mengkaji balik kenyataan pemimpin Pas tersebut kerana kita tak mahu ia membawa mudarat kepada negara kita,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini