IPOH – Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Sosial, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri, Wong May Ing dipilih menjadi Pengerusi Wanita DAP Perak yang baharu bagi penggal 2019-2021.
Pemilihan May Ing dibuat bagi menggantikan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Menglembu, Lim Pek Har yang melepaskan jawatan tersebut selepas menyandangnya sejak tahun 2012 bagi memberikan laluan kepada calon lain.
May Ing merupakan sebahagian daripada 15 calon wanita menang tanpa bertanding sekali gus diangkat membarisi Jawatankuasa Wanita DAP Perak baharu itu pada Konvensyen Biasa Wanita DAP Perak 2019 yang berlangsung semalam.
Wanita DAP Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, mereka telah berjaya menubuhkan tujuh Bahagian Wanita DAP melibatkan kawasan Parlimen Taiping, Sungai Siput, Batu Gajah, Ipoh Timur, Ipoh Barat, Teluk Intan dan Lumut sejak tahun 2013.
“Penubuhan dua lagi Bahagian Wanita DAP di Parlimen Gerik dan Beruas pula dilaksanakan pada tahun ini.
“DAP Perak juga memberikan peluang kepada wanita untuk memegang jawatan dalam urusan kerajaan. Kini, terdapat 22 wanita dilantik sebagai ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), 14 Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan tujuh orang Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP),” kata kenyataan itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Jawatankuasa Wanita DAP Perak 2019-2021
Penasihat : Lim Pek Har
Pengerusi : Wong MayIng
Timbalan Pengerusi : Angeline Phillip A/P Joe Phillip
Naib Pengerusi :
I. Anida Osman
II. Chen Lay Hoon
Setiausaha : Bavani A/ Veraiah (V. Shasha)
Pen. Setiausaha : Lee Aun Lih
Bendahari : Liew Wai San
Pen. Bendahari : Vemala A/P Swaminathan
Setiausaha Organisasi : Leong Pooi
Pen. Setiausaha Organisasi : Wong Lay Keong
Setiausaha Publisiti : Lee Wei Wei
Pengarah Pendidikan Politik : Choong Yong Yi
AJK :
Izac Poh Peng
Angela Teng Mei Lian











