Godin pilih bersama Inter Milan - Utusan Malaysia

Godin pilih bersama Inter Milan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN – Inter Milan mengesahkan bahawa mereka telah berjaya membawa masuk bekas pemain pertahanan Atletico Madrid, Diego Godin menerusi kontrak selama tiga tahun.

Pada Mei lalu, pemain berusia 33 tahun itu mengumumkan akan menjadi ejen bebas pada penghujung musim kerana kontraknya tidak diperbaharui.

“Secara rasmi, kami telah mencapai persetujuan dengan Godin yang menandatangani kontrak sehingga 30 Jun 2022. Kami mengalu-alukan kedatangannya dan diharapkan dia dapat membantu Inter mencapai objektif yang ditetapkan,” kata Inter dalam satu kenyataan semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebagai rekod, pemain antarabangsa Uruguay itu mencipta nama selaku salah seorang pemain pertahanan terbaik dunia sejak menyertai Atletico pada 2010. Sepanjang sembilan musim, dia telah beraksi lebih dari 399 perlawanan.

Godin telah membantu Atletico meraih kejuaraan La Liga, Piala Raja Sepanyol serta dua trofi Liga Europa selain turut mara ke pentas akhir Liga Juara-Juara sebanyak dua kali.

Pada musim hadapan, Inter yang berada di bawah kendalian Antonio Conte dijangka mampu memberi saingan sengit kepada Juventus dalam misi untuk merebut gelaran juara Serie A.

Pada aksi pramusim, Inter dijadualkan menentang Manchester United, Tottenham Hotspur dan Paris Saint-Germain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini