Ponteng hadiri Parlimen, Hassan Karim turun kawasan - Utusan Malaysia

Ponteng hadiri Parlimen, Hassan Karim turun kawasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim tidak menghadirkan diri persidangan Parlimen di Kuala Lumpur hari ini kerana mahu melihat dan meninjau sendiri perkembangan pencemaran udara di sini.

Beliau melakuan tinjauan dan lawatan ke beberapa sekolah yang terjejas akibat pencemaran udara sebelum ini antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nusa Damai dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Sungai Plentong.

“Hari ini ada Parlimen tetapi saya tidak datang. Bagaimana saya boleh pergi ke Parlimen dalam keadaan saya tidak pasti apa berlaku di kawasan saya,” katanya ketika ditemui Utusan Online selepas meninjau sesi persekolahan di SMK Nusa Damai di sini sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam seramai 273 pelajar dan tiga guru dari 27 buah sekolah di sini semalam termasuk dua sekolah berkenaan mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas akibat pencemaran udara. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini