Limkokwing ke arah universiti digital dunia - Utusan Malaysia

Limkokwing ke arah universiti digital dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDIDIKAN adalah salah satu daripada sektor besar yang perlu merevolusikan ke arah era digital di Malaysia. Universiti Limkokwing telah melaksanakannya dengan infrastruktur yang lebih baik, menyediakan kemudahan pembelajaran yang mudah diurus dan dengan kerjasama antara kerajaan dan swasta yang memahami nilai pendidikan teknologi. Bidang teknologi adalah ‘bahan api’ abad ke-21 dan ia akan menggerakkan pelajar ke arah globalisasi dari semua peringkat umur di seluruh dunia, ke masa hadapan yang cemerlang.

Pencapaian ke arah teknologi tinggi itu sebenarnya mencerminkan kesungguhan kerajaan Malaysia termasuk Universiti Limkokwing untuk menentukan bahawa setiap rakyat di Malaysia hari ini perlu menerima pendidikan berkualiti dan tidak disisihkan daripada sistem universiti kerana keyakinan negara untuk melonjakkan pencapaian sebagai negara maju pada tahun depan, 2020 di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menerusi pembangunan modal insan.

Usaha gigih ini perlu disahut oleh kerajaan menerusi Inisiatif Keberhasilan Utama Negara (NKRA) misalnya dalam bidang pendidikan yang menyasarkan usaha mempertingkatkan pencapaian pelajar universiti kepada akses pendidikan yang berkualiti tinggi termasuk Jaringan teknologi maklumat (IT) yang bakal melonjak kolaborasi dalam bidang pendidikan, penyelidikan yang berpotensi untuk dimanfaatkan bersama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Meletakkan bidang teknologi tinggi dalam sektor pendidikan, Malaysia perlu menjadi peneraju pemain global yang kompetitif dan komited mencipta inovasi dan kreativiti selain meletakkan keunikan dalam penawaran program akademik yang terbaik.

Malaysia juga harus melihat kepada potensi pengalaman dan pengetahuan peluang perniagaan antarabangsa bersama universiti bagi membentuk serta membimbing dalam meningkatkan kebolehpercayaan dan kebolehpasaran graduan serta pembangunan sahsiah secara agar dapat holistik dapat dilaksanakan di seluruh dunia bagi melonjakkan mutu pendidikan tinggi negara dan pada masa yang sama keperluan terhadap universiti berdikari terutama dalam menyediakan tajaan biasiswa, kemudahan prasarana kepada pelajar mahupun membudayakan semangat sukarelawan dalam membantu golongan yang memerlukan.

Di Universiti LimkokWing, pelajar boleh mendapat akses daripada pelbagai kemudahan dalam mengasah kreativiti mereka. Ruang ini disediakan Universiti Limkokwing untuk membolehkan kreativiti pelajar dapat berkembang, Jika tidak mereka akan setakat belajar dan mengajar itu sahaja, ini tidak membantu menjana pemikiran yang kreatif dan inovatif ke arah Malaysia pendigitalan.

Penting ada kreativiti, inovasi, bidang yang boleh menokok tambah kemahiran dan berani tampil mengetengahkan idea dan kreativiti sebagaimana pelajar-pelajar di negara maju ke arah mengangkat semua universiti di negara ini supaya dapat mencatatkan kecemerlangan bukan sahaja dalam pencapaian akademik malah lebih penting mampu menjadi insan kamil yang berinovasi.

Dalam pada itu, Fokus ke arah dunia pendidikan teknologi tinggi perlu juga diselaraskan dengan kehendak pasaran melalui program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) daripada aspek kebolehpasaran graduan. Tanggapan sesetengah pihak bahawa TVET adalah bidang yang tidak memainkan peranan harus dikikis kerana graduannya terbukti sering mendapat tempat dalam industri terutama dalam era Revolusi Industri 4.0.

Bidang TVET mampu meningkatkan kemahuan bidang kemahiran untuk meningkatkan kemahiran vokasional dalam kalangan pelajar. Ia seiring dengan meningkatkan pemahaman awam akan keupayaan kemahiran vokasional dan penyertaan mereka dalam aktiviti sosio-ekonomi.

PROF. EMERITUS TAN SRI DR. LIM KOK WING ialah Presiden dan Pengasas Universiti Limkokwing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini