AS ditangkap intip England - Utusan Malaysia

AS ditangkap intip England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LYON – England secara tiba-tiba menjadi tumpuan selepas Amerika Syarikat (AS) yang merupakan pencabar mereka pada separuh akhir didakwa menghantar pegawai pasukan ke hotel penginapan skuad The Lionesses untuk mengintip sesi latihan, hari ini.

Dua pegawai AS, termasuk pengurus operasi tiba di Hotel Fourviere dekat Lyon, sewaktu Phil Neville dan para pemainnya sedang menjalani latihan. Mereka di bawa melawat kemudahan yang ada di hotel lima bintang tersebut, termasuk meninjau fasiliti di mana skuad England sedang membuat persediaan.

Bagaimanapun, sewaktu kehadiran kedua-dua pegawai berkenaan tiada sesiapa yang menyedari mereka merupakan kontinjen AS. Neville, yang jelas marah terhadap insiden tersebut berkata, perbuatan tersebut melanggar etika dan dia menjangkakan rakan sejawatannya, Jill Ellis berniat untuk mengintip persiapan skuad bimbingannya.

“Apa yang boleh saya katakan ialah saya tidak akan meng­arahkan pasukan saya berbuat demikian. Saya gembira dengan penginapan pasukan kami dan berharap mereka juga demikian.

“Kami tidak akan menghantar orang bagi mengintip lawan dan saya pasti mereka sedang menguruskan perkara itu. Ia tidak memberi mereka kelebihanpun dalam permainan.

“Saya rasa ia agak melucukan. Saya terfikir ‘apa yang mereka lakukan ini’. Ia satu perbuatan yang tidak beretika. Pasukan saya tidak akan sesekali bertindak demikian,” kata Neville, yang turut mengesahkan England tidak berdepan masalah kecederaan menjelang separuh akhir itu.

Skuad England, bagaimanapun, tidak pasti jika AS dapat melihat sebarang informasi dalam bilik mesyuarat dan berpendapat, lawan mereka itu sepatutnya merancang strategi mereka beberapa bulan yang lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×