GENEVA – Perubahan iklim yang semakin buruk menghilangkan produktiviti bersamaan 80 juta pekerjaan bagi 10 tahun akan datang.
Laporan Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) menganggarkan pada 2030, sebanyak 2.2 peratus keseluruhan jam bekerja global akan hilang berikutan peningkatan suhu.
Peratusan tersebut dijangka akan menjadi lebih dua kali ganda bagi rantau yang paling terjejas iaitu barat Afrika dan selatan Asia.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ia mewakili keseluruhan kehilangan ekonomi 1.4 peratus produk domestik kasar global atau AS$2.4 trilion (RM9.93 trilion). – AFP











