Tiga lelaki jual arak beracun ditahan - Utusan Malaysia

Tiga lelaki jual arak beracun ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Seramai tiga individu termasuk seorang lelaki warga tempatan ditahan kerana didapati menjalankan aktiviti penjualan arak beracun dalam satu serbuan di sebuah kedai arak di Jalan Pasar Baru, Semenyih, di sini, Jumaat lalu. 

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 1 petang oleh Unit jenayah Berat (D9) Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang susulan maklumat yang diterima serta risikan yang dilakukan. 

“Mereka yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki tempatan dan dua orang pembantu kedai warga Myanmar berusia dalam lingkungan 30-an hingga 45 tahun. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Turut dirampas dalam serbuan tersebut adalah sebanyak 60 tin minuman keras jenama Miludeer dan 130 tin minuman keras jenama Bieremark yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM2,000,” katanya pada satu sidang akhbar di IPD Kajang hari ini. 

Menurut Ahmad Dzaffir, tangkapan ke atas kesemua suspek dilakukan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang lelaki warganegara asing akibat keracunan methanol pada Jun lalu di daerah Kajang. 

“Kami percaya kesemua arak beracun tersebut dihasilkan di luar negara sebelum diseludup masuk dan menjalani proses pembungkusan semula di Malaysia. 

“Kesemua yang ditahan kini direman selama empat hari sehingga 2 Julai ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 304(b) Kanun Keseksaaan,” tegas beliau. 

Mengulas lanjut, Ahmad Dzaffir berkata, pihak polis menyeru orang ramai agar lebih berhati-hati kerana arak-arak ini telah dikenalpasti sebagai tidak selamat diminum berikutan kandungan metanol yang terdapat di dalamnya. 

“Pihak polis juga telah menghantar beberapa sampel arak yang dirampas untuk dianalisa oleh Jabatan Kimia bagi menentukan kandungannya,” jelas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini