Redmi K20 Pro dilengkapi game turbo 2.0 - Utusan Malaysia

Redmi K20 Pro dilengkapi game turbo 2.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Agak lama tidak mendengar perkhabaran atau model terbaharu daripada jenama telefon Redmi, sebuah syarikat telekomunikasi dari China yang mendapat tempat di Malaysia.

Baru-baru ini, jenama berkenaan membuat kemunculan dengan memperkenalkan Redmi K20 dan Redmi K20 Pro selepas ciri-ciri utama peranti tersebut tersebar di internet beberapa minggu lalu.

Sebelum ini tersebar model Redmi K20 Pro yang dijangka hadir dengan rekaan yang lebih moden dengan kemasan yang memukau selain bakal menjadi pilihan anak muda.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menariknya, selepas desas-desus itu, Redmi memperkenal telefon pintar terbaharu keluaran syarikat itu iaitu Redmi K20 Pro. Game Turbo 2.0 turut dimuatkan dalam telefon pintar versi ini bertujuan mengoptimumkan prestasi peranti.

Hadir dengan skrin penuh paparan OLED bersaiz 6.39 inci dengan pengesan cap jari bukan sahaja memberi kepuasan bagi pengguna untuk melayari Internet atau menonton, malah memberi keselamatan yang lebih terjamin berdasarkan ciri-ciri sekuriti yang kuat.

Bukan itu sahaja, bateri dengan kuasa 4,000mAh turut dilengkapi 27 Watt pengecasan pantas yang hanya mengambil masa 73 minit bagi pengecasan 100 peratus.

Bagi mereka yang gemar merakam gambar, Redmi K20 Pro pasti menjadi pilihan kerana dilengkapi dengan tiga kamera utama (48MP + 13MP + 8MP) dan kamera swafoto dengan 20MP.

Selain mampu menghasilkan gambar setanding profesional, telefon pintar itu turut menyokong video gerak perlahan 906 bingkai sesaat (fps).

Spesifikasi

Paparan: 6.39 inci
Resolusi: 1080 x 2340 piksel
Sistem operasi: Android 9.0 (Pie); MIUI 10
Prosesor: Qualcomm SDM855 Snapdragon 855 (7 nm)
Saiz: 156.7 x 74.3 x 8.8 mm
Berat : 191g
Kamera utama: 48 + 13 + 8MP
Kamera belakang: 20MP
Bateri : 4,000 mAh
Warna: Hitam, merah dan biru
Harga : Bermula RM1,517

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini