MENJADI fitrah manusia mahu kelihatan cantik dan sempurna pada pandangan manusia lain lebih-lebih lagi di mata orang tersayang.
Jadi, tidak hairanlah jika ada yang sanggup ‘bertapa’ di pusat kecantikan atau spa selama berhari-hari hanya untuk mencantikkan diri terutamanya pada bahagian kawasan intim.
Buktinya, kini rawatan Brazilian Wax yang merupakan satu kaedah kosmetik penanggalan bulu separa kekal di kawasan kemaluan dilihat semakin menjadi trend popular terutama dalam kalangan bakal pengantin.
Memetik kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, antara isu yang harus diambil berat ialah aurat dan isu khalwat.
Hal ini kerana rawatan yang dilakukan antara staf dan pelanggan telah melanggar batasan aurat walaupun sesama jantina, apatah lagi jika keduanya berlainan jantina.
Jelasnya, sekiranya Brazilian Wax ini dilakukan dengan cara aurat pelanggan itu terdedah khususnya apabila melibatkan pembuangan bulu ari-ari dan ia dilihat oleh orang lain maka ia adalah diharamkan.
Adapun Brazilian Wax melibatkan pembuangan bulu di betis, lengan atau dada, adalah harus sekiranya yang melakukannya adalah staf sama jantina.
sumber:
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3510-irsyad-al-fatwa-siri-ke-307-hukum-brazilian-wax-di-spa-bagi-bakal-pengantin?fbclid=IwAR2Am_SqvwdWuvwqSA0zA0tF02rQ96h-AohZfohRGBJW2Ue7xlE8D_utaVE











