Dua remaja dicekup curi telefon bimbit - Utusan Malaysia

Dua remaja dicekup curi telefon bimbit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Tindakan nekad dua remaja lelaki mencuri telefon bimbit di sebuah kedai di pekan Sekinchan di sini bagi menggantikan telefon bimbit yang hilang mengundang padah apabila dicekup polis, Sabtu lalu.

Kedua-dua suspek berusia 12 dan 15 tahun itu diberkas dalam tempoh 12 jam daripada kejadian yang berlaku pada pukul 2 petang. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kedua-dua suspek pergi ke kedai berkenaan menggunakan sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seorang suspek berusia 15 tahun kemudiannya telah memasuki kedai itu sebelum berpura-pura hendak membeli sebuah telefon bimbit jenis Vivo Y91C berharga RM499. 

“Sebaik jurujual itu memberikan telefon bimbit berkenaan, suspek dikatakan terus melarikan diri bersama rakannya yang sedang menunggu di motosikal,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Beliau menambah, bertindak atas laporan diterima pihaknya telah menahan kedua-dua suspek di Jalan Pos dan Kampung Parit 8 Sawah masing-masing pukul 1.21 pagi dan 40 minit kemudian pada hari yang sama.

Jelas Chee Khoon, pihaknya turut merampas semula telefon bimbit yang dicuri serta motosikal yang digunakan semasa jenayah tersebut. 

“Berdasarkan siasatan awal mendapati mereka mencuri sebagai jalan pintas bagi menggantikan telefon bimbit salah seorang suspek yang telah hilang sebelum ini. 

“Suspek berusia 15 tahun itu kini direman selama empat hari bermula semalam manakala rakannya dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini